Sunday, June 1, 2008

hatiku terusik

I was inspired by my so-called skema friend; Saudari Zul. Oh i mean Saudara Zulhilmi. XD Not saudari Zulaikha or Zulina or whatever Zul it is. LOL.

I was inspired to blog in skema way.

*note that skema here means : Bahasa Melayu. Baku. Bahasa Melayu Baku.

Before that a bit of recap of how we become a skema people.

Well, I could not recall much. But I still remember one time when we ym-ing and all of sudden one of us (I think it was me XD) was talking in Bahasa, I mean like so Bahasa. Some thing like this:

Byzura
: Hai saudara Zul. Apa khabarkah kamu? Sihat kah?

Zul
: Hai saudari Baizura. Ya, saya khabar baik. Terima kasih kerana bertanya. Kamu pula bagaimana?

Byzura
: Oh baguslah kalau begitu. Saya pun sihat juga. Syukur kepada Allah yang Maha Esa.

Zul
: Oh iya? Syukur lah kalau begitu.

***

Then naturally the skema-ness become irresistable.

***
*switching on the skema-ness mode*
ON

Kehadapan Incek Blog, hari ini saya bangunlah amatlah awal untuk bersahur. Iya, saya mahu berpuasa hari ini. Di kala saya sedang menaip hal ini, saya baru sahaja selesai bersahur. Menu saya tadi? Hanyalah :

1) Teh Ali yang di kutip semasa Kumpulan Ruffedge membaling kepada orang ramai (semasa Jom Heboh). Sedap lah juga. Tapi saya still menyukai Milo. Bak kata iklan; "Minum milo anda jadi sihat dan kuat!"


Kumpulan Rafej itu sedang membaling pek-pek kecil minuman



2) Roti Gandum ber-raisin yang sedap. Ibu saya sangat menyukai roti jenis ini.




3) Ayer kosong.


oh ya sebelum itu saya memaksa diri menelan sejenis makanan tambahan iaitu namanya Cik Milelea. Kalau diberi pilihan saya tidak mahu memakan ia tetapi ia bagus untuk kesihatan.

Itu sajalah kisah sahur saya *cheh itu pon mahu cherita* XD

Wahai incek Blog, kamu tahukah kadang-kadang sukar juga mahu berbahasa baku ini. Kerana sudah lama tidak belajar bahasa Melayu, kadang-kadang kosa kata saya salah. Ish ish. Perkara ini amatlah dikesali. Kamu tahu incek Blog, berbual di dalam si Yahoo Messenger bersama kawan saya yang skema itu menyebabkan kami terbawa-bawa, kami merealisasikan ym-ing itu. Amatlah lucu sekali berbahasa skema di alam realiti! Seperti 'mengubah mimpi menjadi realiti' lah pulak! XD

*Oh ya sila baca ini Saudara Zul. Saya telah membaca blog kamu berkenaan dengan masa sekolah kamu. Saya cuba untuk meninggalkan komentar tapi..tapi..kamu tahu sajalah masalah wifi di Akasia ini, amatlah mengecewakan. Wah kamu pernah tinggal di Sabah rupanya! Saya amat menyukai Sabah tetapi tidak sebanyak saya menyukai Sarawak tapi melebihi saya menyukai negeri lain. ;) Amat mantap sekali kamu berbahasa ya. Syabas saya ucapkan! Teruskan kerja yang baik! [translasi: keep up the good work!]*




Inilah bukti keskemaan kami. Jika kamu bisa membacanya.

*menutup mode skema*
OFF


*B*

*off to class! ;)



1 comment:

maggiesedapgiler said...

bai saya sayang kamu(punya bahasa skema!)